Jika suatu larangan atau pengharaman berkait secara langsung dengan ibadah iaitu ia menyangkuti rukun ibadah atau syarat-syarat sahnya, maka melakukan larangan tersebut akan menyebabkan batal ibadah. Contohnya, larangan solat di waktu terlarang, larangan solat dalam keadaan berhadas, larangan berpuasa pada hari-hari diharamkan berpuasa, larangan meninggalkan toma'nnah dalam solat dan sebagainya. Jadi, larangan-larangan ini membawa kepada batalnya ibadah jika dilakukan. Namun jika larangan itu di luar dari ibadah, tidaklah ia akan membatalkan ibadah jika dilakukan semasa beribadah, yakni ibadah tetap sah sekalipun larangan itu berdosa. Contohnya ialah mengambil wudhuk dari bekas yang diharamkan (seperti bekas emas, bekas perak, bekas yang dicuri atau sebagainya). Wudhuk tetap sah sekalipun perbuatan menggunakan bekas yang diharamkan itu adalah berdoa. Contoh lain ialah; solat dengan memakai serban dari sutera atau memakai cincin emas (bagi lelaki) dan sebagainya. Merujuk kepada masa
Comments
Post a Comment