Posts

Showing posts from November, 2009

Kisah Tikus Putih & Tikus Hitam

Image
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu mengejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah

Perjalanan Manusia Dalam 5 Alam

Image
Dengan nama Allah yang maha Pengasih maha Penyayang Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu betingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga. Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya? Alam yang pertama 1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah. 2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu. “Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunanAdam dari punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara itu” Surah Al-A’raaf ayat 172 Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari Mitsaaq (hari perjanjian) yang

How to Save a Streaming Video File to Your Hard Drive

Wanita Contoh Di Dalam Islam

1,Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut. 2.Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Ta

Ku impikan bintang

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

Some tips ladies & gentlemen...... Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya.... Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah. Tapi awas. Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark'). Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .. Dinasihatkan: Ja

Bersama En.Solat yang Fardhu..

Sepinya suasana sambil dingin itu mengusap tubuh Ah,sungguh malasnya diri! Azan yang bergema membingit di telinga Memberitahu En.Subuh telah tiba Lantas cik Wudhu' meluahkan rindu Aku masih termangu berselimut babi Ah,azab api neraka itu seakan menyengat di ruang kepala! Lantas jasad yang lemah digagahi jua Pilhan mengatasi sejuk menggigil dari panas mendidih kelak Lalu sejadah mengucap salam disambut telekung putih Subuh 2 rakaat terlaksana Bersama rakan Al-Mathurat Bisik mereka Pahala kan mendekati Allah memelihara mu hari ini Suara Azan lagi berkumandang Saat itu ku tutupkan pandangan Pada kerja yang berlambak dan bertangguh Kerana sungguh! Azan itu menggegarkan jiwa duniawi Katanya En. Zuhur sudah menanti Bersama Para Jemaah yang cintakan kasih Abadi Mari rakan sejadah serta telekung putih! 4 rakaat perlu dipahat! Agar saudara dosa malu mendekat! Lantas bertemankan cik Doa yang lama berbicara Hiba bersuara meminta ampunanNya Ya ALLAH, RedhaMu yang kami cari.. Tetapkan iman pada

KUASA SEORANG WANITA

KEHEBATAN Wanita dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan 1. Napoleon Bonarparte & Josephine. 2.Anthony & Cleopatra 3.Hitler & Matahari 4.Samson & Delila 5.Abu Lahab & Hendon Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama : KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang di

TAKBIR: LAMBANG KESYUKURAN DI HARI RAYA

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Setiap kali tibanya Hari Raya, seruan takbir akan berkumandang di masjidmasjid, rumah-rumah persendirian dan di kaca-kaca televisyen, begitu juga di corong-corong radio apabila diumumkan anak bulan Syawwal telah nampak dilihat. Dengan bergemanya takbir itu, semakin terasalah kemeriahan suasana Hari Raya. Menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri dengan bermain mercun atau bermain bunga api bukanlah cara yang dianjurkan oleh ajaran Islam dan bukan cara memuliakan kedatangan hari yang mulia itu. Apatah lagi perbuatan ini juga boleh menjurus kepada bahaya dan pembaziran yang dicela oleh Islam. Islam mempunyai caranya yang tersendiri semasa merayakan hari-hari kebesarannya. Kita umat Islam seharusnya sedar bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah kurnia daripada

ADAKAH SAH SOLAT WANITA YG MENCUKUR BULU KENING?

Jika suatu larangan atau pengharaman berkait secara langsung dengan ibadah iaitu ia menyangkuti rukun ibadah atau syarat-syarat sahnya, maka melakukan larangan tersebut akan menyebabkan batal ibadah. Contohnya, larangan solat di waktu terlarang, larangan solat dalam keadaan berhadas, larangan berpuasa pada hari-hari diharamkan berpuasa, larangan meninggalkan toma'nnah dalam solat dan sebagainya. Jadi, larangan-larangan ini membawa kepada batalnya ibadah jika dilakukan. Namun jika larangan itu di luar dari ibadah, tidaklah ia akan membatalkan ibadah jika dilakukan semasa beribadah, yakni ibadah tetap sah sekalipun larangan itu berdosa. Contohnya ialah mengambil wudhuk dari bekas yang diharamkan (seperti bekas emas, bekas perak, bekas yang dicuri atau sebagainya). Wudhuk tetap sah sekalipun perbuatan menggunakan bekas yang diharamkan itu adalah berdoa. Contoh lain ialah; solat dengan memakai serban dari sutera atau memakai cincin emas (bagi lelaki) dan sebagainya. Merujuk kepada masa

Metode Pendidikan Dalam Pandangan Tiga Ilmuwan Islam

Di abad pertengahan, para ilmuwan dan cendekiawan Muslim telah menyusun metode pendidikan atau pembelajaran yang sangat baik. Metode itu disusun agar para siswa boleh memahami dan menyerap ilmu pengetahuan yang diajarkan di madrasah-madrasah dengan mudah. Berikut ini adalah tiga metode pendidikan yang dicetuskan tiga intelektual Muslim yang di pandang tinggi di zaman khalifah. Mereka adalah Ibnu Sina, Ibnu Khaldun serta Al-Ghazali. perhatikan bagaimana gagasan dan buah fikiran mereka tentang pendidikan yang baik dan ideal bagi dunia Islam pada hari ini. * Ibnu Sina (980 -1037) Abu ‘Ali al-Husayn bin ‘Abdullah ibnu Sina tidak hanya dikenali sebagai seorang doktor legenda. Ibnu Sina juga mencurahkan gagasannya tentang pendidikan. Menurut Ibnu Sina, pendidikan atau pembelajaran itu bersangkutan seluruh aspek pada diri manusia, mulai dari fisik, mental mahupun moral. ''Pendidikan tidak boleh diabaikan perkembangan fisik dan ia juga harus memiliki pengaruh fisik seperti olahraga, ma

Salam

Image
Welcome to my blog.